Wednesday 25 January 2012

Tip Bersahabat


Apabila bersahabat, diri sendiri dan sahabat  harus mempunyai tanggungjawab dan mempunyai harapannya sendiri. Antaraya ialah :-

  1. Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita dan sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu befikir dahulu sebelum ianya berlaku.
  2. Jangan terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.
  3. Jangan terlalu mengambil tahu hal peribadi  orang terdekat dengan sahabat seperti tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.
  4. Perkara sensetif seperti gaji, kenaikan pangkat dan hutangnya usah ditanya.
  5. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi seperti rumah tangga.
  6. Terima kekurangan dan keburukkan sahabat seadanya. Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri kerana diri kita juga tidak tentunya baik.
  7. Bijak menyesuaikan tutur kata dengan emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir  kesannya kepada sahabat.
  8. Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupn kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya. Jangan terlalu 'busy body' dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita. 
  9. Menghormati hak dan kehidupan peribadi sahabat. Beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan dan kita hanya menyekat perhubungan dengan insan lain.
  10. Jika salah seorang marah, bberi peluang dia melepaskan marah di hati. Jangan dibalas, berdiam dan tunggu hingga dia rreda dan sejuk. Pasti hubungan akan kembali seperti biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap orang ada lautan hati yang pasang surut.
  11. Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia mengomel, dengar dan angguk. Itu lebih baik daripda membuat komen. Ia boleh memburukkan lagi keadaan.
  12. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita. Contohnya seperti kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dengan apa yang dikurnia oleh Allah S.W.T.
Rasulullah S.A.W bersabda :
"Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.'' Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah S.A.W. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."